Demi keadilan pelaku liwat Muslim perlu didakwa di Mahkamah Sivil

Mahkamah Persekutuan ketepi undang-undang Syariah Selangor seks di luar tabii sebagai jenayah

BANGI, 15 Rejab 1442H, Sabtu – Demi keadilan, seorang lelaki Muslim yang didakwa di Mahkamah Syariah kerana dituduh cuba melakukan hubungan seks luar tabii perlu didakwa di Mahkamah Sivil.

Demikian gesaan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff susulan tindakan Mahkamah Persekutuan mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

“Keadilan adalah menghadapkan kesemua Muslim dan bukan Muslim yang melakukan kesalahan liwat secara bersesama di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi pada 9 November 2018, di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sivil.

“Demi keadilan maka kesemua Muslim dan bukan Muslim yang melakukan kesalahan liwat secara bersesama tersebut wajib segera didakwa di Mahkamah Sivil!,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah, adalah tidak sah dan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim, dalam penghakimannya berkata, hanya Parlimen ada bidang kuasa menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membenarkan hukuman bagi seks luar tabii, adalah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker