Remaja ‘malas’ dakwa diculik

Phoenix: Beri alasan diculik kerana tidak mahu bekerja.

Helah itu dibuat seorang remaja lelaki di Arizona di Amerika Syarikat yang ditemui dengan keadaan tangannya terikat.

Brandon Soules, 19, ditemui di Coolidge, terletak kira-kira 89 kilometer dari sini, lapor The New York Times.



Ketika disiasat, Soules memaklumkan kepada polis yang dia diculik dua lelaki bertopeng.

Namun siasatan polis mendapati, remaja itu hanya mereka-reka cerita kononnya dia diculik.

Menurut laporan media, seorang pejalan kaki menemui remaja itu dan menghubungi polis

Ia menyebabkan Soules menyangka rancangannya itu berjaya.



“Dia memberitahu bahawa dia dipukul di kepala dan ‘disumbat’ ke dalam kereta di depan rumahnya, kira-kira 7 pagi.

“Bagaimanapun, menerusi rakaman video di depan rumahnya, perkara seperti itu tidak berlaku,” kata jurucakap polis.

Soules menjelaskan bahawa penculikan itu ada kaitan dengan sejumlah besar wang yang disembunyikan ayahnya di satu tempat sekitar bandar.

Polis berkata, siasatan mendapati cerita dan bukti pesanan teks didakwa lelaki itu adalah rekaan semata-mata.



“Polis menyoalnya pada 17 Februari lalu dan dia akhirnya mengakui mereka-reka cerita kononnya diculik kerana tidak mahu pergi kerja,”kata jurucakap itu.

Akibatnya, Soules didakwa di mahkamah pada 17 Februari lalu.

Polis berkata, kes berkenaan membuang masa pegawai penyiasat, pasukan kecemasan dan hospital yang merawat Soules.-HM

Lebih 300 murid diculik militan Boko Haram dibebaskan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker