Anjing Peliharaan Lady Gaga Selamat Dipulangkan — MYKMU.NET

Anjing Peliharaan Lady Gaga Selamat Dipulangkan



Sebaran :

DUA ekor anjing peliharaan Lady Gaga, Koji dan Gustav, yang dipercayai dicuri dalam insiden rompakan minggu lalu, selamat dipulangkan tanpa sebarang kecederaan, menurut polis Los Angeles.

Seorang wanita membawa dua ekor anjing baka French Bulldog itu ke Balai Polis Komuniti Olimpik, Los Angeles sekitar jam 6 petang pada Jumaat.

Beberapa detektif serta seorang individu yang mewakili Lady Gaga, atau Stefani Joanne Angelina Germanotta, hadir ke balai polis dan mengesahkan identiti anjing tersebut, ketika bintang pop itu berada di Rom, Itali untuk penggambaran filem.



Namun, wanita yang memulangkan anjing tersebut nafi terlibat dalam serangan dan rompakan pada malam Rabu lalu.

Pihak polis bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana anjing tersebut diperoleh wanita itu.

Dalam kejadian serangan pada Rabu lalu, penjaga anjing itu, Ryan Fischer, cedera akibat ditembak sebelum dua perompak melarikan diri dengan dua ekor anjing, manakala seekor lagi terlepas.

Susulan itu, Lady Gaga menawarkan ganjaran RM2 juta (AS$500,000) kepada individu yang memulangkan anjing peliharaannya.



Dalam satu muat naik menerusi Instagram, artis Hollywood itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ryan atas pengorbanannya untuk melindungi Koji dan Gustav.

 


Sebaran :


Leave a Reply