Ambillah ruang dan peluang ini untuk kembali bersidang. Ketepikan sebentar pergeseran ideologi politik dan perebutan kuasa

1. Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan pandangan bahawa Dewan Rakyat (Parlimen) boleh kembali bersidang, dan YAB Perdana Menteri hendaklah menasihati Seri Paduka Baginda dengan satu tarikh yang difikirkan sesuai.

2. Sudah pasti keputusan dan titah sedemikian akan disambut baik oleh semua pihak.

3. Kepada semua Ahli Parlimen, tidak kiralah dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, ambillah ruang dan peluang ini untuk kembali bersidang. Bahaskanlah secara serius serta objektif akan jalan keluar dari segala kemelut ekonomi dan kesihatan awam yang sedang kita hadapi ini.

4. Ini adalah peluang terbaik untuk semua Ahli Parlimen membukti dan mengembalikan kekuatan Parlimen sebagai medan sebenar suara rakyat.

5. Ketepikan sebentar pergeseran ideologi politik dan perebutan kuasa. Sebaliknya, manfaatkanlah ruang ini untuk memberikan kepimpinan terbaik kepada masyarakat dan negara.

6. Saya secara peribadi menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan dan SPB Yang di-Pertuan Agong dalam hal ini.

7. Semoga amalan demokrasi berparlimen negara ini akan terus matang dan kita semua akan mendapat manfaat yang selayaknya

DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Naib Presiden UMNO Malaysia

Pemimpin perlu rekonsiliasi, ketepi ideologi politik, selamatkan Sabah, kata Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker