Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat

Penyandang DUN Machang Bubuk ‘tumbang’ ketika berkhidmat

Calon PH daripada PKR bagi kerusi DUN Machang Bubuk Lee Khai Loon dilaporkan pengsan di pusat khidmatnya, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata Lee, 45, rebah sebaik tiba di pusat khidmatnya selepas pulang daripada berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan Machang Bubuk kira-kira 11 pagi tadi.



“Khai Loon mungkin keletihan akibat cuaca panas pagi ini, namun dia telah sedar seketika tadi dan dalam keadaan stabil sekarang, tiada apa-apa (penyakit) yang serius dengan Khai Loon…dia tidak dihantar ke hospital dan berehat di rumahnya hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Bakhtiar yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata semua program dan kempen Lee hari ini dibatalkan, namun jentera parti akan meneruskan kempen yang telah dirancang termasuk menemui pengundi-pengundi di kawasan itu.

“Dia memang seorang yang kuat bekerja dan saya difahamkan sejak memulakan kempen pada 29 Julai lepas, dia turun padang untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan Machang Bubuk,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Ini sebab mengapa ceramah PH tampil adik Sanusi batal saat akhir




Lee merupakan penyandang DUN Machang Bubuk dan kawasan itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara beliau dengan calon daripada PN Tan Hum Wei.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker