“Pada Yang Tak Boleh Duduk Dalam Ni.. Nanti Kena Jilat Api Neraka Boleh Left Ya”-Admin FB ‘Riak Apa Hari Ini’ Balas

Kalau korang aktif di laman media sosial Facebook, korang mesti sedar dengan kemunculan grup Facebook terbaru iaitu Riak Apa Hari Ini yang kian terkenal di kalangan netizen.

Maka bertebaran di media sosial foto-foto yang terdapat di dalam laman Facebook Riak Apa Hari Ini. Meskipun baru sahaja ditubahkan tetapi sudah mendapat 137,800 orang ahli.

Namun, ‘group’ tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas terkenal iaitu, Ustazah Asma Harun. Beliau memuat naik satu posting di laman Facebooknya dan ‘menegur’ agar admin kelab berkenaan menukar nama atau memadam akaun tersebut.

Gurauan yang melampaui batas!

 

“… Jangan indahkan perkataan keji “Riyak” atas nama gurauan,” bidasnya.

Kalau takut dosa, bolehlah ‘left’

Justeru itu, nasihat yang tajam dan pedih itu telah menyebabkan admin kelab berkenaan tampil membidas semula dan berkata sesiapa yang takut akan dosa, dipersilakan keluar daripada kelab tersebut selain masih berkeras untuk mengekalkan nama kelab tersebut.

“Terima kasih yang update tarbiah daripada ustazah. Selepas berbincang kami akan kekalkan nama group. Cuma, pada yang rasa berdosa nak duduk dalam group ini boleh la left.
“Kami tak paksa ya. Pada yang tak boleh duduk diam nanti kena jilat api neraka boleh left ya,” balasnya.

Cari salah masing2

Selain itu, seorang lagi ‘admin’ juga tampil bersuara dan menyatakan tujuan ‘group’ itu ditubuhkan hanya sekadar gurauan dan bukan tujuan untuk riak,

“Kami para admin bukan daripada golongan bangasawan, jutawan, hartawn. Kami golongan terjejas juga dan masih berusaha mencari rezeki sesuap nasi,” tulisnya.

Sehingga kini, Facebook Riak Apa Hari ini masih menggunakan nama yang sama dan turut dibanjiri posting-posting daripada ahli kumpulan tersebut.

Bagi kami, kita yang mempunyai fikiran yang matang dan mampu membezakan antara yang baik serta buruk jauhkanlah dari benda yang tidak sepatutnya. Banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk hiburkan hati.-OhMyMedia

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun & Riak Apa Hari Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker