Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin
CHICAGO: Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden kegagalan enjin melibatkan pesawat United Airlines.
Penggantungan tersebut membabitkan sebanyak 128 buah pesawat yang menggunakan enjin Pratt & Whitney PW-400.
Sebelum ini, pesawat United Airlines dilaporkan terbakar pada Isnin akibat kebakaran enjin sebaik sahaja berlepas.
Susulan insiden tersebut, pesawat yang membawa seramai 231 penumpang serta 10 anak kapal itu terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Denver.
Kejadian itu turut menyaksikan beberapa serpihan enjin pesawat jatuh di beberapa Kawasan perumahan di sekitar Colorado.-Awani
You must be logged in to post a comment.