AL-FATIHAH – IBU RIEZMAN KHUZAIMI KEMBALI KE RAHMATULLAH

Takziah kami ucapkan kepada pelakon senior, Riezman Khuzaimi atas pemergian ibunya, Siti Fauziah Wan Sheikh yang menghembuskan nafas terakhir pada 6.45 petang Ahad.

Berita sedih tersebut dimaklumkan Riezman menerusi laman Instagram miliknya. Melihat pada status berkenaan, pelakon berusia 51 tahun mendoakan agar segala dosa arwah ibu diampunkan Yang Maha Esa.

“Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Bondaku Siti Fauziah Binti Wan Sheikh, jam 6.45 petang sekejap tadi menghembuskan nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.



“Moga amalan arwah Mak dan anak2 yg Soleh menjadi penemannya di alam barzakh sana. Semoga ALLAH Ampun kan lah segala Dosa2 Mak, serta Tempat kan Mak bersama2 di kalangan orang-orang yg Beriman,” tulisnya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Dalam masa sama, Riezman turut menjelaskan jenazah Allahyarhamah dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.



“Man Minta Ampun Segalanya. Dan Tiada Akan Putus Doa dari Anak Mu ini mak.. Semakin Rindu BondaKu.. Man akan Sentiasa Rindu Makz. Esok pagi jam 7.30am akan mandi jenazah Bonda di Masjid Bukit Antarabangsa, doakan untuk arwah Bonda saya. Al Fatihah,” katanya lagi.

Serentak dengan itu, rakan artis serta peminat turut menzahirkan ucapan takziah kepada Riezman seisi keluarga.

Image_3.jpg

Image_4.jpg



Tular 10 Beradik Sepakat Ubah Suai Rumah Kampung Mak Ayah, Bila Dah Siap Terus Jadi Tumpuan Orang Ramai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker