Ditegur Pakai Seluar Jeans Lepas Seminggu Bersalin Secara Czer, Ini Jawapan ‘Padu’ Scha Alyahya

Seperti kita sedia maklum, pelakon cantik jelita iaitu Scha Alyahya baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 12 Februari 2021 yang lalu.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila tindakan Scha Alyahya berkongsi fotonya memakai seluar jeans dalam tempoh berpantang telah menjadi pertikaian dalam kalangan para peminat.

 

Scha pakai seluar jeans

Scha Alyahya menerusi akaun Instagram miliknya ada memuatnaik satu foto bersama anak keduanya yang digelar baby ‘L’ berkunjung ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila pemakaian Scha pada ketika itu pula menjadi pertikaian dalam kalangan netizen.

Mereka mempersoalkan bagaimana Scha yang baru bersalin secara pembedahan boleh selesa memakai seluar jeans. Malah tidak kurang juga yang tertanya-tanya adakah seluar tersebut tidak terkena luka pembedahan dan sebagainya. Scha dengan tenang menjawab persoalan mereka dan memaklumkan bahawa dia memakai ‘maternity jeans’ iaitu seluar yang dikhaskan untuk wanita hamil.

‘Tak berani pakai jeans’

‘Maternity jeans kan ada’

Dalam kesempatan itu, ramai juga dalam kalangan para ibu berkongsi pengalaman dan pendapat mereka bahawa memakai seluar ketika berkunjung ke hospital adalah jauh lebih selesa. Namun, segala-galanya bergantung kepada keselesaan masing-masing.

Sumber: Scha Alyahya

 

Selepas Seminggu Melahirkan, Penampilan Scha Alyahya Ini Menjadi Tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker