UMNO Sabah tumpu usaha pacu ekonomi, membangun rakyat – Bung

 

KOTA KINABALU: UMNO Sabah yakin mampu untuk memacu ekonomi dan membangun rakyat melalui usaha bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata melalui gabungan tersebut beliau yakin akan dapat menunaikan tuntutan dan kehendak rakyat di negeri itu biarpun bukan sebagai parti yang dominan dalam GRS.

“Ini bukan menjadi satu masalah sebab kita sebahagian daripada kerajaan negeri dan yang lebih penting kita dapat menyumbang dengan membangun rakyat melalui GRS.

“Pada saya UMNO telah melalui pelbagai liku perjuangan tetapi akhirnya perjuangan yang ada keberanian, tulus ikhlas dan komitmen yang tinggi akhirnya mendapat tempat di hati rakyat.

“Saya yakin dan percaya UMNO Sabah akan terus memacu ke hadapan pada masa akan datang sebab kita yakin pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan untuk membangun Sabah, membangun rakyat adalah keutamaan kita dan kita ingin memastikan melalui GRS ini kita ada masa empat tahun lagi untuk memastikan tuntutan rakyat akan dapat kita penuhi,” katanya selepas Majlis Sambutan Ulangtahun ke-30 UMNO Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada Sabtu

Rakyat Sabah bersuara, 41-32: Annuar Musa

Turut hadir pada acara sambutan tersebut adalah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor sambil diikuti secara atas talian oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ditanya mengenai hala tuju gabungan serta terdapat saranan yang mahu GRS kembali mengadakan perbincangan, Bung berkata perbincangan akan dilakukan dari masa ke masa dan lebih utama slogan ‘Sabah for Sabahan’ tidak lagi dibangkitkan.

“Ini akan kita bincang dari masa ke masa mengikut keperluan dan GRS ini masih baru, sudah tentu banyak perkara yang perlu kita perbincangkan untuk memastikan GRS ini dapat berjalan dengan baik sebab pada saya GRS ini merupakan satu platform yang baik.

“Kita dapat menggabungkan parti nasional, parti tempatan, jadi isu Sabah for Sabahan itu sudah semakin reda dan tidak lagi timbul sebab kita sama-sama duduk berbincang halatuju kita untuk memastikan rakyat dapat dibela, itu keutamaan kita,” katanya.

Tarikh 21 Februari merupakan tarikh keramat bagi UMNO Sabah yang kini telah menjangkau usia 30 tahun sejak penubuhannya pada 1991.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker