[VIDEO] Rakaman Video 38 saat Undang Gundah Keluarga..Remaja Dihumban Dari Jambatan

Lima: Polis memulakan pencarian kehilangan seorang lelaki dikhuatiri mati selepas keluarganya melihat satu video TikTok dia dibuli dan dicampak dari jambatan.

Portal The Sun melaporkan keluarga Silvano Cantaro terjumpa rakaman video berdurasi 38 saat itu selepas gagal menghubungi mangsa selama empat hari.

Kali terakhir mangsa dapat dihubungi selepas meninggalkan Peru untuk membeli pakaian di Colombia untuk dijual.

Remaja lelaki berusia 19 tahun itu memberitahu keluarga tersayang dia ditinggalkan tanpa makanan atau wang tunai oleh rakannya.

Dalam video itu, mangsa disoal sekumpulan lelaki bahawa dia berasal dari mana sebelum video itu dipadam daripada Tiktok selepas disiarkan.

Salah seorang daripada dua lelaki kelihatan berada di sudut jambatan yang menjerit kepada mangsa supaya bercakap.

Beberapa saat selepas menjawab pertanyaan mereka dia berasal dari Huanuco, Peru, kaki mangsa diangkat dan dicampak ke jurang.

Salah seorang penyerangnya kedengaran meminta video itu dipadam selepas mangsa disahkan mati.

“Padam itu (video), dia sudah mati.”

Video mengerikan itu menimbulkan tunjuk perasaan di bandar kelahiran lelaki itu selepas keluarga dan rakan menuntut keadilan atas serangan xenophobia selepas keluarga Silvano membuat laporan polis.

https://twitter.com/i/status/1361727537525764096

Pendakwa Raya Colombia semalam mengesahkan mereka mendesak siasatan segera dilakukan mengenai kes itu.

Dalam ciapan di Twitter mereka meminta pihak berkuasa mengeluarkan nama lengkap remaja yang hilang itu.

“Kami mengaktifkan pasukan pencarian segera kemungkinan kehilangan Silvano Oblitas Cantaro Tolentino, seorang remaja berusia 19 tahun dari Peru,” tulis ciapan itu.-HM

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=pMBU9qkCPXU[/embedyt]

Sumber: ARCHYDE

Tentera maut dipercayai terjun dari tingkat tiga, polis siasat dakwaan dibuli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker