Kisah Benar: “Itu Bukan Anak Saya” Ibu Cemas Bayi Tertukar Akibat Cuai, Anaknya Sudah Dibawa Wanita Lain Keluar

Menanti kelahiran cahaya mata antara momen indah bagi setiap pasangan yang sudah berumah tangga.

Namun begitu, pasti ada juga sedikit kebimbangan mengenai keselamatan ibu dan bayi semasa proses kelahiran itu.

Bayinya telah tertukar dan dibawa pulang oleh keluarga lain

Satu perkongsian yang tular di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Puan Nur Hafiza Md Rosli yang menceritakan pengalaman apabila bayinya telah tertukar.

Ibu ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Februari lalu.



Pulang kerumah tanpa bayi

Setelah 3 hari ibu ini telah dibenarkan pulang seorang diri kerana bayinya masih memerlukan pemantauan doktor kerana jaundice.

Beliau yakin boleh membawa bayinya pulang pada 17 Februari walaupun belum menerima apa-apa kebenaran dari pihak kesihatan kerana keadaan bayi yang belum mengizinkan.



Bayi kena tinggal sebab jaundice

“Alhamdulillah pada 12/2/2021/1016pm /Boy /3.1kg sy selamat lahirkan sikecik ni secara pembedahan.”

“Pada 15/2 /2021 – Mamy Discharge Hospital tapi baby kena tinggal di nursery sebab jaundice.”

Bayi masih kena monitor lagi satu malam



“Pada 16/2/2021 (Selasa) -Nursery call untuk datang tengok baby sebab baby dah turun jaundice dan mintak ibu datang untuk tengok cara penyusuan secara bf.”

“Pada masa yang sama dapat la tengok baby tapi baby tak boleh balik sbb nak monitor lagi satu mlm.”

Bayi dah tak duduk bawah lampu

“Maybe esok dah bole discharge, sebab malam tu baby dah xduduk bawah lampu dah (So Mamy Berharap esok dapat bawak balik baby).”



“Pada 17/2/2021 (11.30pg) -Call nursery untnk kepastian tapi dari (india lelaki) bagitaw xbole discharge harini sebab berat baby turun so kena monitor lg satu hari.”

Doktor cadangkan untuk ibu datang susukan bayi

“Pada 17/2/2021 (12.30 tghri) -Suami call untuk kepastian dan minta baby dibawa balik sebab baby dah ok dari jaundice dan xperlu duduk bawah lampu tapi tetap xbole sebab nak tunggu sampai berat baby ok.”

“Pada 17/2/2021 (3.45ptg) -Call lagi untuk tanya keadaan anak (dr chinese perempuan) terangkan benda yang sama dan (sebelum tu ibu request nak datang susukan) dan DR suggest untuk datang ke hospital untuk susukan baby pada 5.30 petang.”



Itu bukan anak saya

Tergerak hati mahu pergi ke hospital bagi tujuan penyusuan, tekaan wanita ini tepat apabila bayi yang diserahkan bukan anaknya.

“Pada 5.30 petang -terus ke nursery bertanya nurse dan terus dibawa ke baby cot baby dan saya terus bgtaw nurse berkenaan itu bukan anak saya.”



Nama tertera di katil bayi dan tag di kaki tidak sama

Setelah diperiksa nama Puan Nur Hafiza memang tertera di katil namun tag kaki bayi berkenaan menyatakan nama ibu lain.

“Nurse suh semak nama di cot betul nama ibu (nama saya) tapi semak di tag kaki anak nama ibu lain dan ibu di minta tunggu sekejap (maybe g cari la kot).”

Bayi dah discharge tengahari tadi

“Lebih kurang 15-20 minit cmtu tanya nurse lagi ,nurse bgtaw boleh panggil suami tak nanti kita jelaskan (Emosi mse ni xtau nak cakap ape dah macam-macam pikir).”

“Dalam bilik itu terus diterangkan dan mereka minta maaf sebab baby dah discharge tengahari tu dan disalah ambil oleh org lain dan serta mengaku kecuaian mereka.”

Bergegas ke lokasi untuk ambil anak saya semula

“Mereka telah ambik tindakan segera untuk detect anak saya di mana dan terus hubungi ibu berkenaaan.”

“Kami bergegas ke lokasi berkenaan untuk ambil anak saya semula (Seb baik dapat detect).”

Report tersalah dan tertukar

“Pada 17/2 8.15 pm : Baby saya dibawa semula ke nursery dan baby saya ditimbang depan saya dan suami ternyata berat baby saya berbeza dari ape yg diterangkan doc2 berkenaan.”

“Semasa dalam panggilan dan jadi report pon tersalah dan tertukar. Jadi berat yang terkurang tu berat baby lagi satu bukan baby saya.”

Nasib baik tergerak hati nak datang

“Pada pukul 3.40 petang saya call tu ternyata baby saya memang dah xde kat nursery lagi dah.”

“Nasib baik gerak hati nak datang petang, kalau x xtau la berapa lama dia dah keluar ikut org lain.”

Harap tak berulang lagi lepas ini pada orang lain

“Lebih kurang dalam 10 malam baru settel dan saya boleh bawak balik baby ke rumah”.

“Dengan keadaan sakit ceaser menunggu dari 5.30 sampai 10 mlm (Allah je tahu perasaan tu) Semoga xberulang lagi lepas ni pada org lain.”

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua untuk lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan.

Sumber: Facebook

Peningkatan Mendadak Bilangan Pelajar Universiti Menjadi Sugar Baby, Apa Sudah Jadi?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker