Jika mahu pemerintahan Melayu-Islam kuat, Elak ‘pertembungan’ dengan UMNO – Bersatu Terengganu

Tutup Peluang DAP Ambil Kesempatan Atas Pertelagahan ‘Melayu-Islam’

 

PETALING JAYA: PAS dan PPBM Terengganu akan sedaya upaya mengelak bertembung dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pemerintahan Melayu-Islam kuat dan menutup peluang kepada DAP kembali berkuasa.

Bagaimanapun, Ketua PPBM Terengganu Razali Idris berkata pihaknya bersedia jika terpaksa bertembung dengan parti rakan dalam Perikatan Nasional (PN) itu.

“Sebagai parti politik PPBM bersedia bertembung jika tidak boleh nak elak, tetapi kita berusaha untuk tidak bertembung (dengan Umno) untuk menjaga kepentingan pemerintahan Melayu-Islam dan tidak membuka peluang pada DAP kembali berkuasa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, isu pembahagian kerusi antara PN dan Barisan Nasional (BN) diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat, dan negeri akan patuh kepada setiap arahan.

Perkara sama disuarakan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu G Balachandran, yang memaklumkan parti Islam itu sedia bertembung dengan Umno jika terpaksa.

“Pendapat peribadi saya, kita sebolehnya tidak mahu bertembung dengan Umno, tapi apa pun kita bersedia segala kemungkinan, kalau kita nak bermuafakat bersama Umno kita bersedia dan kalau kita terpaksa bersendirian juga kita bersedia.

“Kita tidak ada masalah dan kita serah kepada rakyat untuk menentukan pilihan. Tapi kalau mereka tetap nak tanding semua 32 kerusi DUN saya fikir itu juga mungkin ada hikmahnya,” katanya yang juga pegawai khas hal ehwal bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar.

 

Parti-parti Melayu perlu berjiwa besar dan bina kekuatan untuk bersatu

Beliau berkata, isu pembahagian kerusi sepatutnya dibuat rundingan terlebih dahulu sebelum Ketua Umno Terengganu Ahmad Said membuat kenyataan secara terbuka.

“Sebab itu penting bermuafakat, kena ikhlas, kalau ada agenda tersembunyi itulah jadinya, tapi sekarang nampak macam ada agenda tersembunyi,” katanya.

Mengulas dakwaan Muafakat Nasional (MN) tidak berlaku di Terengganu apabila kerajaan negeri pimpinan PAS tidak memberikan peruntukan sama rata kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Balachandran berkata hanya Ahmad saja tidak berpuas hati sedangkan wakil rakyat Umno lain tidak bersuara.

“Kita nampak dia seorang sahaja yang mengadu yang lain tiada masalah, kalau kita kata kita bagi kita akan bagi, padahal masa zaman Umno memerintah kita tak dapat apa benda pun,” katanya.

Terdahulu, Ahmad dilaporkan berkata Umno akan bertanding di semua kerusi, baik DUN dan Parlimen di Terengganu pada pilihan raya akan datang.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, PAS memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN dan enam daripada lapan kerusi Parlimen.

Demi rakyat? Apa sebenarnya agenda pemimpin parti Melayu-Islam

Saya pernah isytihar darurat, tidak ubah sistem pemerintahan – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker