[VIDEO] Wartawan, kru dirompak ketika bersiaran langsung

GUAYAQUIL: Seorang wartawan diacu pistol dan dirompak ketika sedang bersiaran langsung.

Wartawan sukan Diego Ordinola, sedang membuat liputan di luar Estadio Monumental, di bandar Guayaquil, apabila seorang lelaki yang memakai pelitup muka dan bersenjatakan sepucuk pistol jenis revolver, memintanya menyerahkan telefon bimbitnya.

Tatkala Ordinola merayu perompak itu dengan memberitahunya dia sedang bertugas, suspek mengacukan pistol ke arah jurukamera yang merakam kejadian itu.

Lelaki itu kemudiannya melarikan diri daripada tempat kejadian dengan telefon bimbit milik jurukamera itu.

Kru DirecTV Sports, mengejar perompak itu tetapi hanya dapat merakamnya melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Insiden tersebut dirakam penuh oleh kru bertugas.

Ordinola berkongsi butiran insiden tersebut di laman Twitternya, yang mana rakaman itu mendapat lebih 376,700 tontonan.

Leave a Reply