‘Penurunan harga emas mengejutkan’, Tunggu Apa Lagi?

 

Emas memulakan 2021 dengan jangkaan tinggi susulan harganya mencecah rekod tertinggi dan mencatatkan kenaikan tahunan terbesar dalam tempoh sedekad.

Sebaliknya, logam berharga itu mencatatkan permulaan terburuk dalam tempoh 30 tahun.

Emas bagi penghantaran segera susut ke paras terendah tujuh bulan hari ini, dengan niaga hadapannya juga merosot.

Ia sekali gus memperdalamkan lagi penurunan harganya melepasi paras sokongan yang dikatakan penganalisis berpotensi menjerumuskannya lagi kepada kerugian selanjutnya.

Harga logam itu, yang pada tahun lalu melonjak berikutan pembelian aset selamat susulan pandemik, kadar faedah rendah dan perbelanjaan rangsangan, merosot lebih daripada enam peratus tahun ini, prestasi terburuk di Bloomberg Commodity Index.

Secara tiba-tiba ia berhadapan beberapa halangan tidak dijangka.

Paling utama adalah daya tahan mengejutkan dolar dan rali dalam pulangan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), apabila beberapa petunjuk ekonomi menunjukkan pemulihan daripada pandemik sedang berlaku.

Harga rumah di Malaysia mulai turun

“Memandangkan kadar sedang meningkat dan inflasi dijangka bermula, kami melihat pengambilan untung besar-besaran dalam emas dan pelabur beralih daripada emas kepada logam industri seperti tembaga,” kata Naib Presiden Kanan Zaner Group di Chicago, Peter Thomas.

“Ia cabaran yang benar-benar sempurna.”

Penurunan 6.7 peratus harga spot emas pada 2021 adalah permulaan terburuk tahunan sejak 1991, menurut data dikumpulkan oleh Bloomberg.

Kenaikan pulangan Perbendaharaan 10-tahun mempengaruhi permintaan bagi logam itu yang tidak menanggung faedah, dengan harga emas meneruskan penurunan selepas membentik corak dipanggil ‘death-cross’ awal minggu ini.

Pulangan Perbendaharaan 10-tahun melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh kira-kira setahun minggu ini.

-Bloomberg

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker