Ibu hamil digalakkan tangguh pengambilan vaksin Covid-19, kata KKM

 

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu yang hamil untuk menangguhkan seketika pengambilan vaksin Covid-19, bagi melindungi kandungan, kata Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Kalaiarasu Peariasamy.

Menurutnya, ibu-ibu yang hamil bagaimanapun masih boleh mengambil suntikan vaksin, selepas mendapat nasihat dan pandangan klinikal daripada petugas-petugas kesihatan KKM.



Dalam sesi libat urus darurat Covid-19 bersama media yang dijalankan hari ini, beliau berkata ibu yang hamil sebelum ini langsung tidak dilibatkan dalam sebarang ujian klinikal dalam penghasilan vaksin Covid-19, atas tujuan untuk melindungi kandungan dan bayi.

“Ibu yang hamil mesti mendapatkan pandangan pengamal kesihatan terlebih dahulu. Adalah lebih baik jika mereka menangguhkan sementara pengambilan vaksin ini. Kami tidak mahu beri kesan kepada kandungan dalam apa-apa juga keadaan.

“KKM mempunyai jawatankuasa pakar yang akan meneliti perkara ini, terdiri daripada pakar sakit puan, pakar obstetrik dan pakar pediatrik. Kami juga akan dipandu dengan data-data dari seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, beliau tetap dengan keputusan untuk memberikan suntikan vaksin kepada migran, termasuk pendatang asing tanpa dokumen sah.



Hikmah COVID-19, negara bakal saksi perubahan besar dasar pengambilan pekerja asing – Ismail Sabri

Tambahnya, KKM akan turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha untuk menjejaki kelompok ini, serta turut menetapkan pemberian vaksin kepada warga asing khususnya pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dilakukan pada fasa keempat.

“Ketika ini, vaksin yang dihasilkan masih memerlukan dua dos suntikan, tetapi vaksin dihasilkan CanSino dan Johnson & Johnson, hanya memerlukan sekali suntikan sahaja, maka ia sesuai untuk kita gunakan kepada PATI. Jika kita tangkap dan letakkan di penjara atau depoh tahanan, jangkitan mungkin akan menular di situ,” katanya.



Katanya, KKM menyasarkan seramai 70% hingga 80% populasi penduduk di Malaysia menerima dan mengambil suntikan vaksin, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dijalankan bermula 26 Feb depan hingga awal tahun hadapan, termasuk memberi keyakinan kepada rakyat yang masih di “atas pagar”.

“Kita memang memberi fokus kepada rakyat yang di atas pagar, kita akan usaha yakinkan mereka menerusi keselamatan dan keberkesanan vaksin dari pengalaman yang dilalui negara United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mungkin dengan pengalaman ini kita boleh yakinkan mereka. Jika mereka ada isu, mereka boleh hubungi talian kita,” katanya.

Pengambilan vaksin pacu kenaikan harga minyak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker