Mulai esok lebih 2 orang semeja dibenarkan – Ismail Sabri
Lebih daripada dua orang dibenarkan duduk di meja untuk makan malam di negeri-negeri di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) mulai esok.
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob juga mengumumkan bahawa jumlah orang di dalam kenderaan akan berdasarkan kapasiti kenderaan mulai esok.
Peraturan sama juga akan dikenakan di negeri-negeri di bawah PKP bersyarat (PKPB) dan pemulihan (PKPP).