Mulai esok jumlah penumpang ikut kapasiti kenderaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk bagi negeri yang masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan sama turut dilaksanakan bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Jumlah kenderaan ini menimbulkan isu bagi mereka yang mempunyai anak kecil dan tidak boleh ditinggalkan di rumah.

“Justeru, mesyuarat teknikal mendengar rayuan itu dan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan berdasarkan kapasiti tempat duduk.

“Kalau ada empat tempat duduk satu kereta, maka empat orang dibenarkan. Kalau ada enam tempat duduk, enamlah dibenarkan,” katanya pada sidang media PKP di Putrajaya, dekat sini, hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker