Ebit Lew nak beri sumbangan RM200,000

Pendakwah terkenal, Ebit Lew bermurah hati ingin memberi sumbangan bernilai RM200,000 untuk guru-guru mengajar di rumah ibadat seperti masjid, kuil, tokong dan gereja yang hilang pendapatan.

Ebit Lew melalui satu hantaran di Facebook petang tadi berkata, hadiah itu akan diagihkan kepada 400 orang penerima dengan seorang akan mendapat RM500.

“Doakan ya. Saya nak bagi hadiah Rm 200,000 untuk 400 orang dengan seorang mendapat rm500.

“Hadiah untuk guru yang mengajar di masjid dan surau yang hilang pendapatan. Begitu juga yang berkhidmat di kuil, tokong dan gereja. Boleh hubungi atau WhatsApp 01170315822. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.  – K! ONLINE

Leave a Reply