Ultra kiasu akan perguna Gerakan desak kerajaan demi kepentingan Cina

Strategi politik pemimpin Melayu yang berpecah mahu kekalkan kuasa

Penyertaan parti Gerakan dalam Perikatan Nasional (PN) tidak menambah apa-apa nilai, sebaliknya hanya menjadi beban kepada pihak kerajaan. 

Ini kerana, golongan ultra kiasu hanya akan menggunakan parti perkauman seperti MCA dan Gerakan, membuat desakan kepada kerajaan untuk apa-apa kepentingan kaum Cina.

Pemerhati politik, Ustaz Ir Ts Mohd Khoushaini Hj Mohd Naim yakin penerimaan Gerakan dalam gabungan PN hanyalah demi kepentingan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang terdesak untuk mengimbangi pengaruh MCA bersama UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Malang sekali, ini tidak lebih hanyalah talian hayat dan strategi politik pemimpin Melayu yang berpecah demi mengekalkan kuasa masing-masing.



“Kenapa perlu diangkat lagi parti Gerakan yang telah ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)?,” soalnya.

“Walhal, parti ini juga ditolak di Pulau Pinang, kubu kuat Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Mengikut statistik, beliau berkata, majoriti kaum Cina telah menolak Gerakan dan beralih ke DAP dan MCA. 

Fahami Politik Pendidikan Cina Secara Menyeluruh



“Bahkan, Gerakan juga bertindak keluar daripada kerajaan setelah BN kalah. 

“Ketika mana BN menjadi kerajaan, majoriti Cina mengundi MCA, ketika mana PH menjadi kerajaan, majoriti Cina mengundi DAP. 

“Kini, Gerakan cuba pula masuk ke dalam PN,” katanya mengulas gerak geri parti serpihan MCA itu setiap kali parti yang menguasai kerajaan berubah.



Bagaimanapun hakikatnya, beliau berkata, Gerakan, DAP dan MCA senada dan seirama dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina samada dalam kerajaan ataupun pembangkang. 

“Adakah kita lupa keceluparan mereka dalam isu sekolah vernakular, tulisan Jawi, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan sebagainya. 

“Gerakan pernah melancarkan petisyen membantah tulisan Jawi. Bahkan Gerakan juga pernah menuduh sekolah agama punca kepada perpecahan,” katanya.

Justeru, beliau mendesak supaya pemimpin Melayu tidak lagi terpedaya dengan permainan ini. 



“Lebih baik kerajaan PN fokus memperkukuhkan mandat Melayu Islam yang dimiliki dengan kerjasama parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), demi kestabilan politik dan tonggak kepada keamanan negara. 

“Jika tidak, PN juga bakal ditolak oleh majoriti Melayu Islam pada PRU akan datang,” katanya. Isma

Jangan jadi mujahat, PAS-UMNO lebih tahu hati budi masing-masing



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker