[VIDEO] Lihat Rakaman Situasi ‘Tenang’ Dialami Rakyat Jepun Saat Gempa 7.1 Gegarkan Wilayah Fukushima



Sebaran :

Gempa berukuran 7.1 magnitud menggegarkan wilayah Fukushima, Jepun, pada Sabtu malam.

Japan Times melaporkan bahawa pusat gempa berada pada kedalaman 60 kilometer di lepas pantai Prefektur Fukushima, pada pukul 11.08 malam waktu tempatan.

Namun sejak kejadian semalam masih belum ada amaran tsunami yang dilaporkan bakal berlaku di sana. Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk disarankan untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi.



Sementara itu, New York Times melaporkan, pusat gempa berada di sekitar lokasi gempa yang pernah terjadi hampir pada 2011 yang lalu yang menghancurkan 3 reaktor nuklear. Di mana bencana yang dikenali sebagai Gempa Tohoku itu juga mencetuskan tsunami.

Image:

Lebih daripada 20,000 orang mati atau hilang dalam gempa dan tsunami pada 2011 terbabit, sementara ratusan ribu lagi kehilangan kediaman mereka. Lebih daripada 100,000 orang dipindahkan dari kawasan itu.

Difahamkan, kesan gegaran yang terjadi semalam turut dilaporkan merebak sehingga ke Tokyo selama sekitar 30 saat, dan gegaran sangat kuat di Fukushima dan Sendai.



Pejabat Perdana Menteri segera mengaktifkan pusat pengurusan krisis. Manakala Tokyo Electric Power Company atau Tepco, yang mengendalikan loji tenaga nuklear, sedang memeriksa apakah ada kebocoran atau tidak.

Rakaman yang berlegar di media sosial

Tenang di sini bukanlah bermaksud bahawa penduduk Jepun tidak khuatir dengan nyawa mereka apabila berlakunya gempa bumi.

Namun ia lebih kepada persediaan awal apabila mereka difahamkan sudah diberitahu lebih awal berkenaan gempa bumi tersebut melalui telefon bimbit masing-masing sebelum kejadian gempa bumi benar-benar terjadi.



Perkara ini turut dikongsi oleh rakyat Malaysia, Kamal Zharif yang menetap di Jepun apabila dia memberitahu bahawa sudah mendapat notifikasi akan berlaku kejadian gempa bumi di sana.

Manakala Zunita Ramli dalam perkongsiannya turut mendedahkan perkara yang sama apabila penduduk Jepun difahamkan telah diberitahu 80 saat lebih awal mengenai kejadian gempa terbabit.

Kejadian ini juga telah berjaya dirakam oleh beberapa netizen yang berada di sana sebelum tersebar meluas di seluruh dunia. Berikut adalah rakaman yang terjadi di Jepun.



Untuk rekod, gempa ini telah mengakibatkan tanah runtuh dan kerosakan pada jalan raya. Manakala tebing di sepanjang jalan runtuh, menutup jalan dan pagar pembatas jalan tenggelam di dalam lumpur, lapor media tempatan-TheVocket


Sebaran :


Leave a Reply