PKP berterusan tidak berkesan atasi COVID-19, hanya burukkan ekonomi – Pakar

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dilihat tidak mendatangkan sebarang keberkesanan dalam usaha untuk melandaikan kes COVID-19.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Al-Junid berkata, malah langkah meneruskan PKP secara berterusan hanya akan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi.

“Banyak kesan negatif dari aspek ekonomi sejak PKP 2.0 dan sebelumnya, dan langkah ini tidak sesuai untuk sistem kesihatan.



“Sebaliknya, kita perlu bergabung tenaga supaya masyarakat menyokong usaha untuk lakukan aktiviti mencegah penularan.

“Usaha dan perancangan sistematik diperlukan bagi menyiapkan strategi bagi proses vaksinasi akan datang,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Ahad.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Syed Mohamed turut mempersoalkan isu penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terhadap sesetengah individu yang seolah-olah mendapat pengecualian khas.

Tegasnya, tindakan itu hanya akan mengundang rasa hilang hormat dalam kalangan masyarakat terhadap pematuhan SOP.



“Penguatkuasaan perlu lebih tegas supaya tiada golongan terpilih yang terkecuali daripada tindakan walapun mereka langgar SOP

“Ini menyebabkan masyarakat tidak lagi hormat terhadap SOP dan perkara tersebut menimbulkan kegelisahan masyarakat,” katanya lagi.

Tegasnya, sekiranya perkara berkenaan berterusan, proses untuk memperoleh keyakinan masyarakat untuk meneruskan usaha memerangi wabak akan berdepan kesukaran.

Malaysia catat 8,000 kes sehari pada Mei jika kadar semasa berterusan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker