“Sampai Tercabut Pintu Jamban” Anak Pecahkan Pintu Cari Mak Nak Susu.. Time Tu Mak Pulak Tengah ‘Darurat’
Sepanjang mengasuh anak kecil, kadang-kadang memang rasa leceh bila mereka asyik ‘mengempeng’. Pantang nampak ibu nak baring atau berehat saja, confirm mula merengek nak susu kan?
Anak bangun 2 pagi melalak nak susu…
Baru-baru ini, seorang ibu dari Negeri Sembilan telah berkongsi detik cemas yang dicetuskan oleh anaknya sendiri. Sekitar jam 2 pagi, budak lelaki berkenaan tersedar daripada tidur gara-gara laparkan susu.
Namun paling tak disangka-sangka, si cilik tersebut melalak sampai bertindak mencabut dan mengopak sliding door sebaik tahu ibunya berada di dalam tandas.
Memandangkan baru berusia setahun setengah, dia sangat terkejut ketika kejadian berlaku. Menurut wanita itu lagi, dia akui memang tak kunci pintu tandas setiap kali ada ‘urusan kecemasan atau darurat’.
Nasib mak masuk jamban bawa handphone, boleh ambil bvkti kejadian
Posting mengenai sikap anak yang agak ‘rare’ dan mengejvtkan itu nyata dibanjiri pelbagai reaksi netizen. Selain terhibur dengan pengalaman yang ditempuhi ibu tersebut, mereka turut mendedahkan pengalaman masing-masing ‘tak tenang’ diganggu oleh anak-anak kecil setiap kali masuk ke tandas.
Malah ada juga pihak yang berseloroh tentang si ibu yang sempat bawa phone ketika itu.
Sumber: FB Kudis Ke Panau via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook MyKMU