Mungkin presiden Umno 1988 boleh jelaskan ‘akaun rahsia’- Shahril


Pemimpin Umno pada masa lalu mungkin lebih tahu mengenai dakwaan kewujudan akaun bank rahsia yang melibatkan parti itu, kata Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Ini selepas beberapa pemimpin Umno mendakwa tidak tahu mengenai kewujudan akaun bank berkenaan.

Shahril berkata, pemimpin yang mungkin lebih tahu adalah Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan presiden parti ketika akaun itu didakwa dibuka pada tahun 1988.

“Setakat saya tahu, tak ada akaun seperti itu dalam Umno.



“Oleh itu, apa sahaja akaun yang ada sejak 1988, mungkin presiden pada tahun 1988 (Mahathir) dapat membantu menjelaskan kerana dia nampaknya paling tahu mengenai perkara itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Akaun berkenaan dibuka pada tahun yang sama Mahathir mendaftarkan semula Umno, setelah parti itu diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah kerana wujud beberapa cawangan tidak berdaftar.

Pada tahun 2015, Mahathir berkata ketika dia menerajui parti berkenaan, sumbangan politik dimasukkan ke akaun parti yang mempunyai tiga orang pemegang amanah termasuk dirinya.



“Pemegang amanah mempunyai satu akaun. Semua sumbangan, terutama untuk pilihan raya, dimasukkan ke dalam akaun ini.

“Pemegang amanah juga dinamakan sebagai pemegang ekuiti dan pemilik harta bagi pihak Umno,” kata Mahathir.

Bagaimanapun, tidak jelas apakah ia adalah akaun bank rahsia yang dimaksudkan.

Mengulas perkara itu, Shahril tidak menolak kemungkinan ada bekas presiden Umno lain yang boleh membantu menjelaskan mengenai akaun yang menjadi pertikaian.



“Tetapi jika mahkamah kemudiannya menetapkan bahawa wujud akaun sebegitu, dan bahawa ia berbeza dari ‘akaun 1988’ yang dikatakan oleh Tun Mahathir pada 2015, maka barangkali bekas-bekas presiden Umno juga boleh membantu andai mereka arif berhubung hal ini.

“Kerana seperti mana kata Tok Mat (Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan), pengurusan parti hari ini tidak ada pengetahuan berkenaan mana-mana akaun yang disifatkan sebagai akaun rahsia parti seperti dilaporkan media,” tambahnya.

Kewujudan akaun bank rahsia itu didakwa oleh pihak pendakwa raya dalam saman pelucutanhak berkaitan 1MDB terhadap Obyu Holdings.



Umno mendakwa dana yang ingin disita oleh kerajaan adalah milik parti itu.

Dalam keterangan bertulis, pihak pendakwa mendakwa akaun tersebut tidak diaudit dan digunakan untuk menerima sumbangan politik.

Pihak pendakwa berkata perkara itu melanggar Akta Pertubuhan dan mendakwa tuntutan Umno terhadap wang yang tidak diaudit juga mungkin melanggar Akta Pertubuhan, serta boleh mengakibatkan parti itu dibatalkan pendaftarannya. Mk

Wartawan ini berjaya masuk dalam Bilik Rahsia Najib. Ini yg dia nampak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker