PPBM : Bajet lulus, manis pun sudah habis


Demikian ringkas tanggapan diberikan kepada sikap kepimpinan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila mendapat sokongan Belanjawan 2021.

Malah, kepimpinan parti yang mendapat sokongan UMNO untuk menerajui kerajaan itu dilapor menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyiasat akaun bank rahsia dikatakan milik UMNO.

Gesaan itu disifatkan sebagai cubaan untuk mempersoalkan struktur kepimpinan dan pentadbiran UMNO supaya parti itu akhirnya nanti diarah untuk diharamkan.

Ini kerana akaun itu dikatakan pernah mempunyai kaitan dengan penubuhan semula UMNO pada tahun 1988 selepas parti berkenaan diharamkan.



“Kalau betul kenyataannya, nampaknya seperti ada pemimpin Bersatu hendak UMNO diharamkan. Atas isu ada akaun tak betul sejak tahun 1988. Sejak Tun M (Tun Dr. Mahathir Mohamad) jadi Presiden UMNO lagi.

“Sudah tentu ini menyulitkan kawan-kawan dari UMNO yang sedang kuat mempertahankan Bersatu adalah sahabat yang wajib didokong.

“Atau hanya bersahabat waktu diperlukan? Bajet pun dah lulus. Manis pun dah habis…”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dalam satu kenyataan mengulas gesaan terhadap akaun bank rahsia berkenaan.



Sebelum ini, berlaku perbalahan antara dua bekas Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Dr. Mahathir dalam Facebook kedua-dua sosok itu.

Dalam situasi saling berbalas kenyataan itu, beberapa maklumat dilontar mengenai pemindahan aset-aset UMNO lama kepada UMNO baharu.

Walau bagaimanapun, Najib melontarkan persoalan kepimpinan UMNO ketika dahulu yang membuat keputusan terhadap dasar pentadbiran sehinggalah akhirnya parti itu diharamkan.

“Berita semalam sebenarnya merujuk kepada akaun bank tahun 1988 masa UMNO baru ditubuhkan semasa aset-aset UMNO lama yang sengaja diharamkan dipindah ke UMNO baru.



“Jadi, orang yang paling sesuai menjawab isu ini adalah presiden serta bendahari UMNO masa itu.

“Korang kenal siapa mereka?” sindir Najib.

Sebelum ini, isu pengharaman UMNO pada tahun 1988 kembali diperkatakan apabila Najib menempelak Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir dalam satu kenyataan memaklumkan, pengharaman UMNO 33 tahun dahulu itu menjadi bukti beliau tidak pernah mencampuri urusan kehakiman ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. SM



Gesaan ‘Haramkan’ UMNO, Zahirkan Niat Sebenar Mereka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker