Negara haram Israel tetap mahu tuntut Bukit Golan

Syria sudah lama tuntut Bukit Golan dikembalikan dan pendudukan Israel tak diperakui masyarakat antarabangsa

BAITULMAQDIS, 28 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Negara penjajah Israel akan terus menuntut wilayah Bukit Golan sebagai miliknya, kata pemimpin Benjamin Netanyahu.

Kenyataan berkenan keluar selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa Israel menghentikan tuntutan mereka ke atas kawasan berkenaan serta tidak lagi mengakui kononnya ia milik rejim Zionis.

“Lihat, mereka (AS) mengatakan mereka sedang memerhatikannya tetapi saya sudah lama memerhati.

“Setahu saya, Bukit Golan akan kekal selamanya menjadi sebahagian daripada Israel, sebagai kawasan yang berdaulat.



“Apakah kita harus mengembalikannya kepada Syria? Membawa kembali Bukit Golan ke era pembunuhan beramai-ramai yang membahayakan,” dakwa Netanyahu yang kini didakwa atas tuduhan rasuah.

Israel telah menduduki dataran tinggi itu dalam perang 1967 dengan Syria, manakala ia dijajah pada 1981.

UMNO tidak bongkak atau ego



Sementara itu, Blinken pada Isnin berkata, beliau melihat Bukit Golan yang menghadap ke utara Israel dan bersempadan dengan Lubnan dan Jordan sebagai kawasan kepentingan Israel.

Bagaimanapun, beliau tidak mengakui kedaulatan Israel di wilayah berkenaan.

“Hak sempadan adalah isu perundangan, yang mungkin bertukar sekiranya berlaku perubahan di Syria dan ini perlu kita ambil kira, walaupun bukan buat masa sekarang,” katanya dalam temu bual dengan CNN.



Syria sejak sekian lama menuntut Bukit Golan dikembalikan dan pendudukan Israel secara di kawasan itu tidak diperakui masyarakat antarabangsa.

Pada 2019, Presiden AS ketika itu, Donald Trump mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Syria menyifatkan keputusan Trump pada masa itu sebagai ‘pelanggaran secara terang-terangan’ terhadap kedaulatannya. – Agensi

BN akan tuntut lanjutan moratorium sampai dapat – Najib



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker