Mak Cik Petir bebas Covid-19

Setelah hampir dua minggu dirawat di hospital, pelakon veteran Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Petir kini bebas Covid-19.

Menurut anak saudaranya yang juga merupakan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin, ibu saudaranya itu dilaporkan telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah sejak semalam.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Yabeda bedu. Mak Uda (Mak Cik Petir) saya dah sihat. Pak Uda saya tengah ke hospital ambil dia.

“Doktor beritahu Mak Uda saya bebas dari Covid-10. She is negative now (dia negatif sekarang). Terima kasih di atas semua doa kalian peminat Mak Cik Petir keaayangan ramai,” tulis Shahrulezad menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Pada 2 Februari lalu, pelakon veteren itu disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk sesi rawatan serta kuarantin.

Terdahulu, sekitar tahun 2017 lalu, Noryati pernah dimasukkan ke hospital dan diletakkan dalam keadaan koma selepas kritikal kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Noryati sekali lagi diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.

Makcik Petir positif Covid-19

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker