Harap pelantikan CEO KWSP bukan sekadar indah khabar dari rupa – Asyraf
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO berharap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu dilantik mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat.
Dan, bukan sekadar indah khabar dari rupa sahaja, kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki sambil mengalu-alukan berita pertukaran tersebut.
”Sebaliknya kepimpinan baharu KWSP mestilah benar-benar mampu menyelami dan memahami suara hati rakyat yang amat berharap agar mereka dapat mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa syarat dan tanpa kriteria yang menyusahkan di kala suasana luar biasa pandemik ketika ini.
”Extraordinary situation requires extraordinary measures (keadaan luar biasa memerlukan pendekatan luar biasa),” katanya.
Hari ini, KWSP mengesahkan spekulasi tentang perubahan jawatan CEO KWSP dengan mengumumkan Datuk Seri Amir Hamzah sebagai pengganti Alizakri Alias. MG
You must be logged in to post a comment.