Oh! Rina Harun


“PANDANGLAH, lihatlah. Pinggang ku yang ramping dan dada ku yang bidang. Marilah tuan-tuan dan nyonya. Sama-samalah pandang, perempuan yang cantik, bikin hati goyang.”

Ini lirik lagu berjudul Tiru Macam Saya dan apa kaitannya dengan artikel di bawah?

Mata galak lelaki hari ini terpaku melihat tranformasi yang dilakukan ke atas fizikal Datuk Seri Rina Mohd. Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Dulu dan sekarang, Datuk Seri Rina Harun.

Selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan kali pertama 18 Mac tahun lepas sehingga PKP 2.0 tahun ini, Rina sibuk bukan sahaja dengan tugas-tugas beliau sebagai seorang menteri.

Mungkin tugasan sebagai menteri yang dibuat oleh beliau sebagai salah seorang yang duduk dalam Kabinet Pakatan Nasional (PN), tidak begitu ‘nampak’ di mata orang ramai.

Berbanding dengan ‘kesibukan’ Rina membuat satu transformasi yang amat mengejutkan dan mengujakan, sejak semalam sehingga hari ini, pasti ada dalam kalangan golongan Adam di luar sana yang tak lena tidur teringatkan Rina Harun!

Dalam media sosial Facebook, ada yang menyokong transformasi Rina secara terang-terangan dengan menaik status antara lainnya berbunyi begini ; “Duit dia, suka hati dialah.”

Dan ada juga yang amat rajin menyelongkar wajah baharu Ahli Parlimen zon Titiwangsa ini untuk disamakan atau ada iras-rias dengan wajah artis atau selebriti iaitu Syafiqa Melvin! Tapi bukan pelanduk dua serupa ya!

Tidak kurang juga yang sinis dalam status Facebook yang amat menarik perhatian penulis yang berbunyi: “Ini contoh menteri yang bagus… ‘ikat perut’ demi rakyat bukan macam sesetengah menteri yang ‘mengenyangkan’ perut sendiri.”

Jelas dari raut wajah sehingga ke sosok tubuh Rina berubah 360 darjah dengan hidungnya mancung, pipi pauh dilayang, badan macam kerengge, pendek kata, kalau buat pilihanraya, ramai yang undi Rina Harun!

Perubahan fizikal Rina tentunya dikatikan dengan duit yang dikeluarkan untuk kelihatan cantik yang mana dalam keadaan kehidupan hari ini, rakyat gelisah kerana kehilangan pendapatan.

Bukan mahu bersikap kecoh jaga tepi kain orang tetapi kos untuk kelihatan cantik dengan kaedah yang dilakukan oleh kebanyakan orang ialah seperti contoh di bawah:

-keluarkan duit dari i-sinar sebanyak RM34,500, ditambah lagi RM6,000, mungkin penggenapan jumlah itu dapat lunaskan bayaran nak jadi cantik.

Realiti kehidupan hari ini, jumlah pengangguran dalam negara kita ialah 1 juta dan itu termasuklah kalangan yang hilang pekerjaan dan pendapatan kerana pandemik Covid-19 yang melanda negara dan PKP berterusan walaupun diberikan beberapa kelonggaran kepada sektor-sektor tertentu.

Bagaimanapun kuasa beli sudah semakin mengecil dan Menteri, Rina Harun tampil cantik begitu yang mana tentunya beliau mempunyai ‘gaji’ yang tak habis dipakai pada setiap bulan untuk melakukan apa yang dilakukannya ke atas wajah dan tubuhnya.

Logik akal… tidak boleh dibohongi tetapi mungkin dengan penampilan baharunya itu, Rina lebih bertenaga dan bersemangat untuk bekerja demi rakyat dalam keadaan hidup menghimpit.

Ada seorang rakan wanita memberitahu, dia amalkan diet yang tidak berduit iaitu lakukan senaman setiap hari dengan berjalan kaki berkilo-kilo meter, jaga pemakanan dan hasilnya dapat dilihat bukan dalam tempoh sebulan dua.

Mungkin juga penampilan baharu Rina itu menyuntik satu semangat baharu untuk beliau bertindak di luar kotak iaitu dengan membantu segenap lapisan masyarakat, tanpa mengambil kira golongan B40 semata-mata, untuk kelangsungan hidup di tahun 2021.

Sejajar dengan jawatan beliau sebagai Menteri di kementerian berkenaan, bantulah kalangan peniaga kecil yang sesak dan sempit kerana jualan jatuh sebanyak 70 peratus, ibu-ibu tunggal yang berniaga kecil-kecilan umpama kais pagi, makan pagi; kais petang, makan petang.

Bantulah rakyat yang mengharapkan ekonomi negara berkembang, bukan menguncup dengan menarik pelabur luar agar melabur di Malaysia. Itu akan membantu pertumbuhan ekonomi kita semua.

Sudah cantik YB Datuk Seri Rina Harun, biar cantik bantu rakyat marhain! SM

Leave a Reply