15 maut, 50 dimasukkan ke hospital muntah darah

Dar Es Salaam: Seramai 15 maut, lebih 50 individu lain dikejarkan ke hospital di selatan Tanzania kerana jangkitan yang tidak dikenal pasti, mengakibatkan ramai mengalami mual dan muntah darah.

Daily Mail melaporkan, Ketua Pegawai Perubatan Felista Kisandu di daerah Chunya yang terpencil di bandar Mbeya memaklumkan, sepasukan pakar perubatan sudah dikerahkan memeriksa pesakit secara klinikal dan menyiasat punca wabak itu.

“Masalah ini belum tersebar luas, ia berlaku hanya di satu wad pentadbiran Ifumbo di mana orang muntah darah dan mati ketika sampai di hospital,” katanya pada Ahad.

Kisandu berkata, pemeriksaan klinikal awal menunjukkan pesakit, kebanyakannya lelaki mengalami ulser perut dan penyakit hati.

“Kami menasihati mereka supaya tidak minum minuman keras dan juga merokok,” katanya.

Katanya, pelbagai sampel air dan darah pesakit sudah dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk pengesahan serta mengetahui apakah berlaku pencemaran merkuri.

Sementara itu, Pejabat Perubatan Mbeya melaporkan penyakit serupa pernah menimpa rantau ini pada 2018, ketika beberapa orang disahkan menderita demam tinggi, sakit perut dan muntah darah.

Menteri kesihatan Tanzania, Doroth Gwajima dalam satu kenyataan mengerahkan sekumpulan pakar untuk melakukan pemeriksaan termasuk laporan bertulis bukti penyebab penyakit itu untuk memudahkan pihak perubatan mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau meminta rakyat supaya bertenang sementara pegawai membuat pemeriksaan bagi mengenal pasti apa yang terjadi.

[VIDEO] Peniaga Ini Menawarkan 1 Kilogram Muntah Paus Dengan Harga RM123k. Tak Sangka Warga Emas Ini Bakal Jadi Jutawan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker