Korban runtuhan glasier meningkat kepada 26 orang

NEW DELHI: Angka korban dalam kejadian glasier Himalaya runtuh di utara India yang mencetuskan banjir besar Ahad lalu, kini mencecah 26 orang manakala 171 lagi masih hilang.

Runtuhan sebahagian glasier Nanda Devi, gunung kedua tertinggi di India, terletak di Tapovan, daerah Chamoli, di Uttarakhand itu mencetuskan banjir dan turut merosakkan projek tenaga air Rishiganga, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Polis Uttarakhand, Ashok Kumar, berkata 26 mayat telah dijumpai di Tapovan, sementara 171 lagi masih hilang, 35 daripadanya dipercayai terperangkap dalam terowong yang mana operasi mencari serta menyelamat sedang dijalankan.



Misi mencari dan menyelamat besar-besaran dilancarkan pada Ahad.

Tragedi Uttarakhand: Hishamuddin ucap takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan India

Mangsa yang hilang kebanyakannya terdiri pekerja projek tenaga elektrik.



Ketua Pasukan Tindak Balas Bencana Negara, Satya Narayan Pradhan, berkata lebih banyak pasukan bantuan dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu pada Ahad, Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan kerajaan akan memberikan pampasan kepada waris mangsa yang maut dan mereka yang cedera. – BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker