COVID-19 boleh tersebar melalui asap vape – Kajian

SATU kajian terbaharu mendapati pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling dengan cara hembusan.

Portal Daily Mail UK memetik kajian oleh pakar dari Mexico, Italy dan New Zealand itu sebagai berkata hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke persekitaran individu tersebut.

Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga 2 meter jaraknya, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom (UK) iaitu 1 meter.

“Pakar tersebut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas, atau mana-mana kawasan awam yang orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap alat berkenaan.

“Mereka berkata walaupun sukar menghentikan aktiviti itu di rumah, tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melarang penggunaan alat berkenaan di tempat-tempat awam,” menurut portal itu lagi.

Tambah portal itu lagi, sekumpulan saintis turut membuat model bagaimana virus itu boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut, dan dihembuskan semula.

Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko sekitar 5 hingga 17 peratus.

Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor dalam artikel yang sama berkata bahan kimia dalam asap vape tidak mampu membunuh virus berkenaan.

Kajian tersebut telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, tetapi masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.

Vape kini ‘menyamar’ jadi jam tangan, radio

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker