Foto ‘cun’ Rina Harun jadi tumpuan, Zuraida bila lagi?



Sebaran :


HANGAT diperkatakan sejak malam tadi mengenai dua keping gambar menampilkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Ini kerana, dalam gambar berkenaan beliau dilihat kelihatan berbebeza dengan sosok tubuh lebih ideal sekali gus menyebabkan gambar tersebut tular dan hangat diperkatakan.

Gambar tersebut dimuatnaik pemilik akaun Twitter Fairuz Rusli memaparkan Rina sedang berada dalam sesi rakaman video bersama kementerian di pejabatnya.



Dalam gambar itu, beliau mengenakan baju kurung berwarna biru gelap dengan lilitan tudung kelabu yang menutupi kepalanya persis seorang model peraga fesyen.

Lantaran itu, ciapan Fairuz Rusli mengenai gambar tersebut terus menerima lebih seribu tanda suka dan ulang ciap serta diulas hampir 100 netizen.

Malah ada juga yang memuat naik gambar-gambar beliau yang lama dan membuat perbandingan untuk melihat perbezaan ketaranya.



“Nampaknya Young Syefura daripada DAP, Nuru Izzah daripada PKR sudah ada saingan,” usik @Anwar_MABI.

“Makin gorgeous,” balas @ilyroslan.

“Bila kurus nampak muda kan,” kata @daimanfiqolbi



“Sorrylah walaupun aku tak suka pandangan politik YS tapi dia lagi cantik dan lagi bergaya segak,” ciap @macinchis.

Rina merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa, beliau menewaskan heavyweight UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Selepas memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.



Namun, apabila berlaku krisis politik dan Perlembagaan Persekutuan pada Februari 2020, beliau kemudian dilantik sekali lagi dalam porftolio yang sama bersama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui partinya iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketika negara sedang mengalami serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), Rina merupakan antara anggota kabinet yang dijangkiti virus berkenaan pada 10 Januari lalu.

Susulan itu, beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selama 11 hari untuk mendapatkan rawatan dan dipantau tahap kesihatannya.



Malah, ibunya turut disahkan positif dan mendapat rawatan di hospital yang sama sehinggalah pada 20 Januari 2020, kedua-duanya dibenarkan pulang. SM


Sebaran :


Leave a Reply