Cikgu ‘main’ cangkul

PROJEK tanaman nanas menjadi pilihan Sekolah Kebangsaan (SK) Kota, Rembau, Negeri Sembilan kerana tanah di kawasan ini sesuai untuk projek pertanian.

Guru Besarnya, Zulkarnain Abd Kadir berkata, projek ini mula diusahakan pada penghujung tahun 2019 lalu selepas melihat banyak nanas ditanam di sekitar kawasan ini.

“Buat permulaan sekitar 700 pokok nanas ditanam di kawasan belakang sekolah kerana kawasan itu dilihat sesuai sebagai projek perintis untuk semua warga sekolah.

“Hampir semua guru terbabit dalam projek ini termasuk beberapa murid tahun enam bagi menambah ilmu pertanian khususnya nanas jenis Kristal Honey yang mudah dijaga dan rasanya manis sesuai untuk semua peringkat usia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

“Ia projek permulaan, pastinya ada beberapa kelemahan dan kami sudah kenal pasti ‘musuh’ utama nanas di sini iaitu monyet, tikus dan tupai.

 

ZULKARNAIN (tiga dari kanan) menunjukkan nanas jenis Kristal Honey.
ZULKARNAIN (tiga dari kanan) menunjukkan nanas jenis Kristal Honey.

 

“Alhamdulillah, banyak ilmu yang kami dapat, nanas ini juga boleh dibuat jem untuk dijual sebagai pendapatan sampingan,” katanya.

Zulkarnain berkata, buat masa sekarang pihaknya sedang membuat percubaan tanaman nanas dalam pasu dan beberapa tanaman lain seperti cempedak, nangka madu dan durian mosang king dalam plastik bag.

“SK Kota ada sekitar 236 murid dan 28 guru sememangnya teruja dengan projek tanaman pelbagai pokok buah terutamanya nanas yang sudah mengeluarkan hasil membanggakan.

“Hasil pertama ini hanya cukup untuk jualan antara guru-guru di sekolah ini,” katanya.

Harga semasa nanas untuk pasaran sekitar RM7 sekilo tetapi kami hanya jual RM5 sekilo dan harga suar (benih) nanas hanya RM2, boleh dapatkan di sini sahaja,” katanya.

Tambahnya, projek tanaman nanas ini akan diteruskan dengan penambahbaikan terutama dari segi baja dan juga khidmat nasihat daripada pekebun nanas sendiri di kawasan Rembau-HM

Ingat tukar sawit macam ubah pokok bunga dalam pasu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker