Syarikat pengeluar kereta, Ford, bakal perkenal topeng lut sinar

Ford Motor merupakan sebuah syarikat pengeluar kereta terkemuka, namun kini mula menambah cabang penghasilan produk mereka.

Ford telah menerima paten topeng pernafasan lut sinar dengan fungsi sebaik topeng N95, dan kini menanti untuk mendapat kelulusan untuk dibangunkan.

“Salah satu perkara yang hilang selepas pandemik melanda adalah seri sebuah senyuman.

“Topeng ini akan meningkatkan kemudahan interaksi terutama bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran,” kata Jim Baumbick, Naib Presiden Ford, dalam satu kenyataan.

 

“Topeng ini juga mengurangkan tahap kelantangan sebanyak 10 desibel,” kata Dr. Sheri Mello, seorang ahli audiologi di Raleigh, North Carolina, kepada CNN.

Pada masa yang sama, topeng N95 dianggap topeng terbaik untuk digunakan dalam pandemik, kerana kemampuannya menapis 95 peratus partikel.

Topeng ini masih di peringkat ujian dan Ford berharap ia akan boleh mula digunakan pada musim bunga ini.

Leave a Reply