Laluan Hijau Untuk Indonesia? Kerajaan Jangan Beri Rakyat Gelisah Lagi

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Presiden Indonesia Joko Widodo (kanan) mengadakan sidang media bersama selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan empat mata di Istana Merdeka

 

Susulan lawatan PM8 ke Indonesia semalam, kerajaan PN umum Malaysia sudah bersetuju secara prinsip untuk mewujudkan laluan hijau dengan Indonesia supaya warga tertentu kedua-dua negara boleh saling lawat-melawat tanpa dikuarantin.

Biasanya ‘Laluan Hijau’ Covid hanya babitkan negara yang berjaya kekang Covid-19.

Ini diberitahu kerajaan PN tahun lepas:

“Perancangan ‘Laluan Hijau’ babitkan negara berjaya kekang Covid-19”
https://www.johorkini.my/perancangan-laluan-hijau…/

Sebab itu, Singapura gantung perjanjian laluan hijau dengan kita bulan lepas setelah penularan Covid melonjak naik di Malaysia.

“Jan 30 2021: Laluan hijau: Singapura gantung kebenaran rentas sempadan Malaysia dan dua negara lain”
https://www.astroawani.com/…/laluan-hijau-singapura…

Dan sebab itu juga, negara Brunei tidak layan permintaan kita untuk wujudkan laluan hijau dengan kita apabila melihat penularan Covid Malaysia tidak terkawal.
“8 Dec 2020: Malaysia harap Brunei pertimbang laluan hijau timbal balik – PM”
https://www.bharian.com.my/…/malaysia-harap-brunei…

Adakah Indonesia (12,156 kes baru hari ini, 191 kematian hari ini,176,433 kes aktif) boleh dikategorikan sebagai negara yang telah berjaya kawal Covid?

Apakah jaminan bahawa mutasi baru dari negara tersebut tidak akan menular ke Malaysia melalui laluan hijau ini memandangkan negara itu merupakan sumber asal mutasi Covid pertama yang menular dengan 10 kali lebih laju dan mencetus gelombang ketiga Malaysia tahun lepas?

“Kepala Lembaga Biologi Molekuler Eijkman, Amin Soebandrio menjelaskan terkait mutasi virus corona Covid-19 yang muncul di Indonesia setelah sebelumnya ditemukan di Filipina dan Malaysia. Mutasi virus corona ini diberi nama D614G.”

“5 Sept 2020: Mutasi Corona D614G 10 Kali Lebih Menular”
https://www.cnbcindonesia.com/…/mutasi-corona-d614g-10…

 

FB: Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker