Leon Spinks meninggal dunia akibat kanser

© Provided by Berita Harian Gambar fail dalam acara tinju kelas light heavyweight Montreal American, Leon Spinks (kanan) di gelanggang pada akhir pertarungannya sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik Musim Panas 1976. Gambar kecil; fail foto pada 10 Ogos 2013, bekas peninju Leon Spinks tiba di gala induksi perdana Nevada Boxing Hall of Fame di Monte Carlo Resort and Casino di Las Vegas, Nevada. – Foto AFP

 

LOS ANGELES: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Leon Spinks, yang merampas gelaran daripada Muhammad Ali pada 1978 sebelum kalah pada aksi ulangan, meningal dunia pada Jumaat.

Spinks berusia 67 tahun.

Spinks yang dimasukkan ke hospital pada Disember lalu di Las Vegas, meninggal dunia selepas bertarung lebih lima tahun akibat kanser prostat.

Dia mengembuskan nafas terakhir ketika isteri, Brenda Spinks di sisinya, demikian menurut laporan stesen televisyen Las Vegas, KVVU.

Spinks menamatkan sukan tinjunya dengan rekod kemenangan 26-17 dengan tiga seri dan 14 KO (pukulan knockout). – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

 

Leave a Reply