DialogDalam Talian, Haniff Khatri Cabar Tommy Thomas

 

PETALING JAYA: Peguam Haniff Khatri Abdulla mengundang bekas peguam negara, Tommy Thomas menyertai sebuah dialog dalam talian bertajuk “Antara politik dan undang-undang” untuk membincangkan memoirnya yang menggemparkan, “My Story: Justice in the Wilderness”.

Haniff dalam kenyataan berkata, undangan rasmi sudah dihantar kepada Thomas untuk menyertai sesi tersebut pada 9 Feb ini oleh penganjur JOMChannel, yang menghoskan program secara berkala itu di Facebook.



Haniff, yang kerap menjadi tetamu program itu, berkata walaupun program berkenaan biasanya diadakan dalam bahasa Malaysia, mereka akan membuat pengecualian kali ini.

“Kami berjanji jika anda hadir, program ini akan dijalankan dalam bahasa Inggeris,” menurut undangan tersebut.

Undangan itu turut menyatakan Thomas dialu-alukan menyertai program yang dijadualkan bermula 8.30 malam dan berakhir 10 malam itu, pada bila-bila masa, dengan sebuah tempat duduk akan disediakan untuk beliau di pentas.

Peguam, 3 rakan kongsi didenda hina Mahkamah Persekutuan



Haniff, yang pernah mewakili beberapa individu, termasuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, memberi jaminan kepada Thomas yang perbincangan itu akan dijalankan dengan adil dan berdasarkan fakta.

Beliau sebelum ini mengkritik memoir Thomas dengan berkata, peguam negara tidak boleh mendedahkan nasihat yang diberikan kepada kerajaan semasa menyandang jawatan tersebut.

Katanya, ia umpama pelanggaran hak istimewa antara peguam dan anak guamnya.



Haniff juga mengkritik dakwaan Thomas yang Mahathir melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri “secara sukarela”, dengan berkata ahli politik veteran itu melakukannya mengikut undang-undang.

Beberapa pihak membuat laporan polis terhadap Thomas berhubung bukunya, termasuk bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, dan bekas peguam cara III, Mohamad Hanafiah Zakaria.

Mereka mendakwa Thomas melakukan kesalahan dan fitnah jenayah di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Memoir Thomas memperincikan pencapaian dan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, selain isu lain seperti pendakwaan ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho (atau Jho Low) dan 1MDB, ekstradisi pendakwah kontroversi, Zakir Naik, serta peletakan jawatan Mahathir.



Kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim: Belum ada keadilan – Haniff Khatri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker