Nelayan Temui Mutiara Oren Melo, Mutiara Jarang Ditemui
BANGKOK: Seorang nelayan mendapat durian runtuh apabila menemui mutiara oren Melo yang sangat jarang ditemui bernilai 250,000 pound (RM1.3 juta) di pantai Thailand.
Memetik laporan Daily Mail, Hatchai Niyomdecha, 37, menemui mutiara berharga itu ketika sedang mengutip cangkerang dengan keluarganya di wilayah Nakhon Si Thammarat pada 27 Januari lalu.
Mutiara Melo terbentuk dalam cangkerang siput dikenali sebagai Melo Melo yang menumpang hidup di dalam cangkerang, tidak seperti mutiara tradisional yang dijumpai dalam tiram.
Pada mulanya, Hatchai yang ketika itu sedang membersihkan pelampung, menemui beberapa cangkerang termasuk tiga cangkerang siput.
Ayahnya, Bangmad Niyomdecha, 60, telah membersihkan cangkerang tersebut sebelum menemui mutiara sebesar wang syiling 10 sen dan seberat 7.68 gram.
“Saya mahu menjual mutiara itu dengan harga paling tinggi. Wang itu bukan sahaja dapat mengubah hidup saya bahkan ia akan mengubah masa depan, dan keluarga saya dapat menikmati kehidupan lebih baik,” katanya.
Hatchai berkata, ada beberapa pembeli berminat untuk membeli mutiara itu, namun, disebabkan harga yang ditawarkan tidak begitu tinggi, dia menolaknya.
Bagaimanapun, Hatchai mungkin akan menerima tawaran seorang pembeli dari China yang mahu membeli Mutiara Melo itu pada harga 250,000 pound.
Sumber: New York Post
Buang Rasa Malu, Atlet Tenis Australia Jual Foto Lucah Kerana Pendapatan Rendah
You must be logged in to post a comment.