[VIDEO] UMNO Buat Laporan Polis: Tommy Thomas Tiada Intergriti – SUA UMNO
Tidak pernah dalam sejarah perkhidmatan awam negara, pegawai peringkat paling tinggi kerajaan yang telah menamatkan perkhidmatan mengeluarkan sebuah buku yang telah mengfitnah banyak pihak samada yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.
Buku My Story: Justice in the Wilderness yang ditulis oleh Tommy Thomas bekas peguam negara lantikan Kerajaan PH/DAP ini mengundnag pelbagai kontroversi dan fitnah jahat.
Sehubungan dengan itu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan baru sebentar tadi membuat laporan polis berkaitan buku tulisan Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas di IPD Dang Wangi.
Tindakan ini diambil susulan daripada lemparan pelbagai fitnah yang melibatkan pentadbiran kerajaan, penghinaan kepada pejabat peguam negara, bekas – bekas Perdana Menteri dan juga fakta yang tidak tepat dan tidak benar peristiwa 13 Mei dan pelbagai perkara lagi yang dimuatkan dalam buku berkenaan.
Berikut adalah sidang media oleh SUA UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan