Maybank beri panduan elak tertipu laman web ‘phishing’

Maybank meminta orang ramai agar sentiasa peka dengan penipuan laman web palsu yang seakan-akan laman web Maybank2u.

Bimbang dengan kemungkinan pelanggan akan tertipu, bank itu mengeluarkan beberapa panduan berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa laman web phishing ini.

  • JANGAN sesekali klik pada pautan yang cuba membawa anda ke Maybank2u. Sila masukkan URL maybank2u.com.my terus ke pelayar anda.
  • Sekiranya anda mencari ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian, sila periksa URL sebelum klik. Walaupun laman web kami akan selalu muncul sebagai hasil carian teratas, ianya adalah lebih selamat jika anda menaip URL maybank2u.com.my terus ke pelayar.
  • Jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan promosi yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Ini adalah muslihat penipuan yang akan membawa anda ke laman web palsu (phishing).
  • Pastikan anda mengesahkan gambar profil dan frasa keselamatan semasa log masuk ke Maybank2u. Periksa dengan teliti sebelum anda memasukkan kata laluan.
  • Gunakan aplikasi MAE atau Maybank2u untuk tahap keselamatan lebih tinggi bagi mengurus kewangan harian anda dengan lebih tenang.
  • Berhati-hatilah jika anda menerima panggilan atau SMS daripada orang yang tidak dikenali dan mendakwa bahawa nombor TAC telah dihantar kepada anda. JANGAN sesekali mendedahkan nombor TAC, serta nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda kepada sesiapa sahaja, walaupun mereka mengaku sebagai kakitangan Maybank. Pihak kami TIDAK akan meminta maklumat sedemikian. Sekiranya anda menerima nombor TAC, sila periksa butiran transaksi dalam SMS untuk mengesahkan bahawa transaksi tersebut benar-benar dilakukan oleh anda
  • Jangan sesekali menggunakan Wi-Fi awam semasa berurusan secara atas talian kerana maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada penggodam. Pastikan urusan anda dilakukan dengan sambungan Internet yang selamat dan terjamin sepanjang masa.
  • Pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini. Ini boleh membantu melindungi komputer anda dari serangan ‘malware’.

Mereka yang secara tidak sengaja telah memasukkan butiran peribadi ke laman web palsu, diminta segera berhubung dengan pihak Maybank di talian 03-5891-4744.



Pelanggan juga diminta mengikuti laman sosial rasmi Maybank bagi mengelakkan kekeliruan.

Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker