Bro Firdaus Wong positif Covid-19

Pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung hari ini mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Firdaus Wong atau lebih dikenali sebagai Bro Firdaus Wong dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau menerima panggilan daripada pihak hospital mengenai keputusan ujian Covid-19 yang dilakukan baru-baru ini.

“Saya baru sahaja terima panggilan daripada hospital memaklumkan tentang keputusan ujian Covid-19 saya adalah positif. Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun.

“Sebagai muslim saya beriman pada Qadr dan Qadar dan Allah tidak menguji hamba-Nya melebihi yang dia tidak mampu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) itu turut memohon agar individu yang ada berjumpa dengannya dalam tempoh 10 hari lalu untuk menjalani ujian calitan Covid-19 dan jalani kuarantin sehingga memperoleh keputusan.

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Asy-Syaafii (Zat Yang Maha Menyembuhkan).

“Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain (HR Bukhari 535 dan Muslim 2191). Sebagaimana keputusan Covid-19 saya positif, begitu juga saya positif menerima ujian Allah ini. Pasti ada kebaikan dan hikmahnya,” ujarnya. – K! ONLINE

Firdaus Wong, Siti Kasim akan berdebat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker