Firdaus Wong, Siti Kasim akan berdebat

Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung dijadual akan berdebat dengan peguam Siti Kasim.

Melalu media sosial, kedua-dua individu yang boleh dianggap sebagai pengguna media sosial yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat di alam siber, saling menjawab cabaran mengenai debat tersebut di laman Facebook masing-masing.

Dalam satu hantaran, Firdaus Wong berkata, sahabat beliau bernama Abu Shariz akan menjadi wakilnya bagi berbincang dengan wakil Siti Kasim untuk merealisasikan debat tersebut.

“Insha-Allah pihak kami tidak akan lari dari cabaran debat dari Siti Kasim dan sebarang pengumuman rasmi akan dilakukan dari semasa ke semasa setelah butiran debat dipersetujui oleh wakil kedua-dua pihak.



“Antara yang akan dibincangkan oleh wakil kami adalah tajuk debat, format debat, tarikh dan masa, lokasi dan bahasa untuk debat adalah bahasa kebangsaan. Doakan semuanya berjalan lancar,” tulis Firdaus Wong.

Cabaran debat itu dibuat oleh Siti Kasim melalui ruangan komen dalam hantaran yang ditulis oleh Firdaus Wong di Facebook beliau berkaitan berita yang diterbitkan oleh National Evangelical Christian Fellowship of Malaysia (NEFC) mengenai misi pertubuhan itu terhadap masyarakat Orang Asli.

“Adakah Siti Kasim, PROHAM dan seangkatan akan mengkritik dan menghentam The National Evangelical Christian Fellowship NECF Malaysia sebagaimana mereka menghentam JAKIM dan MAIK serta Majlis Agama Negeri lain yang berusaha berdakwah kepada Orang Asli yang termaktub sebagai hak Perlembagaan!” tulis Firdaus Wong.

Hantaran tersebut dijawab oleh Siti Kasim dalam ruangan komen.



“Firdaus, lets have a face to face debate if you want on this. I’m open to it. You game? (Firadus, jom kita berdebat secara bersemuka mengenai isu ini. Saya bersedia. Anda bersedia?).

“Isu debat mesti berkaitan mengenai hantaran ini. Tajuk debat akan dipersetujui kedua-dua pihak. Saya akan mesej anda butiran lain,” kata Siti Kasim.-UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker