#ProtesPetani: Kangana Ranaut Panggil Rihanna ‘Bodoh’ Dan ‘Dummy’

Rihanna, Greta cetus kemarahan India

NEW DELHI – Kerajaan India hari ini mengecam bintang pop, Rihanna dan aktivis iklim, Greta Thunberg kerana mengeluarkan komen ‘sensasi’ di Twitter berhubung protes petani dan mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap gergasi media sosial Amerika Syarikat (AS) tersebut kerana tidak memadamkan kandungan lain berhubung demonstrasi itu.

Platform media sosial menjadi medan pertarungan utama di India sejak berpuluh-puluh ribu petani berkampung di pinggir ibu kota India, New Delhi pada November tahun lalu untuk membantah tindakan kerajaan merombak undang-undang pertanian negara.

Rihanna yang mempunyai lebih 100 juta pengikut di Twitter menulis: “Mengapa kita tidak bercakap tentang ini!” bersama pautan berita mengenai sekatan internet di sebilangan kem penunjuk perasaan.

Beratus-ratus ribu orang mengulang ciap atau mengklik ‘suka’ pada komennya.

Aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg turut menulis tentang berita sekatan internet itu dan berkata: “Kita bersama-sama (menyokong) #ProtesPetani di India.”

Meena Harris iaitu anak saudara Naib Presiden AS, Kamala Harris turut meluahkan sokongannya dan menyatakan bahawa semua orang sepatutnya marah dengan tindakan kerajaan India menyekat internet dan keganasan kumpulan separa tentera terhadap petani yang menunjuk perasaan.

Ibu Harris berasal dari India.

Komen Twitter selebriti itu menggemparkan dunia online di India di mana protes tersebut menjadi cabaran paling getir kepada Perdana Menteri, Narendra Modi sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2014.

Sementara itu, Kementerian Luar India berkata, selebriti tersebut tidak perlu campur tangan dalam hal dalaman India dan perlukan pemahaman wajar berhubung isu tersebut.

Sebilangan netizen India menyokong Rihanna tetapi sebahagian yang lain menentangnya.

Aktres Bollywood, Kangana Ranaut yang menyokong Modi, melabel petani tersebut sebagai ‘pengganas’ dan menggelar Rihanna seorang yang ‘bodoh’. – AFP

Bintang antarabangsa , Rihanna telah memberikan sokongan kepada tunjuk perasaan petani yang berlaku di India. Tidak lama selepas tweet Rihanna, pelakon Bollywood Kangana Ranaut tweet dengan memanggilnya bodoh dan dummy. Apakah yang terjadi? Scroll sampai habis okay!

Rihanna Membicarakan Mengenai Penunjuk Perasaan Di India

Baru-baru ini, Rihanna memberi reaksi terhadap berita yang membicarakan tentang tunjuk perasaan di India pada laman Twitter beliau.

“Mengapa kita tidak membicarakan hal ini? #FarmersProtest”- Rihanna

Kangana Ranaut Gelar Rihanna Bodoh

Tweet Rihanna ini telah menarik perhatian aktres Bollywood iaitu Kangana Ranaut. Memberi reaksi kepada tweet Rihanna, Kangana menulis bahawa tidak ada yang membicarakannya kerana mereka bukan petani dan menyatakan mereka adalah pengganas yang cuba memecahbelahkan India.

“Tidak ada yang membicarakannya kerana mereka bukan petani, mereka adalah pengganas yang berusaha memecahbelahkan India sehingga China dapat mengambil negara kami dan menjadikannya tanah jajahan China seperti Amerika Syarikat..Duduklah kamu bodoh, kami tidak menjual bangsa kami seperti kamu dummies

Apa komen anda?

Teruk Dikecam! Rihanna Guna Hadis Islam Sebagai Lagu ‘Fashion Show’ [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker