Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman MUDA


Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman MUDA atas penolakan JPPM untuk daftar sebagai parti.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan MUDA untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mendaftarkan parti itu.

Hakim Mariana Yahya memerintahkan bahawa MUDA, yang dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sepatutnya memfailkan rayuannya terlebih dahulu kepada Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, bukannya memfailkan tindakan mahkamah.

Mariana, yang menyampaikan keputusan mahkamah hari ini melalui aplikasi Zoom, mendengar hujah peguam mewakili parti itu, Tommy Thomas, dan Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi pada 25 Jan.



MUDA, melalui Syed Saddiq dan 12 ahli penaja, cuba untuk mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang menolak untuk mendaftarkannya sebagai sebuah parti.
FMT

Proklamasi Darurat: Anwar kemuka semakan kehakiman



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker