Terkesan Dengan Pemergian Arwah Adik Amir, Fazura Sekeluarga Berterima Kasih Kepada Keluarga Angkat

Berita pemergian Allahyarham Zubaidi Amir Qusyairi yang berusia 7 tahun, mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia.

Allahyarham dipercayai maut kerana didera setelah mayat mangsa ditemui di dalam sebuah tong air di rumahnya pada petang Jumaat, 29 Januari 2021 dengan kesan cedera dan lebam pada anggota badan.

Kisah menyayat hati ini meruntun jiwa ramai kerana melibatkan kes penderaan kanak-kanak.

Para selebriti tanah air antara yang berkongsi kisah duka ini di laman sosial masing-masing.

Antara yang terkesan ialah pelakon Nur Fazura yang telah memuat naik satu hantaran berkaitan perkara ini di Instagram miliknya pada 31 Januari 2021.

Beliau menulis pada ruangan caption:-

Sayang Amir. Semoga Amir gembira, berehat di syurga ya sayang. Doa Kak Faz sekeluarga tidak putus untuk Amir sejak dengar berita. Insya-Allah, keadilan akan dituntut untuk Amir. Kepada keluarga angkat yang telah membesarkan Allahyarham Amir dengan penuh kasih-sayang, Faz ucapkan berbanyak terima kasih, semoga Allah SWT membalas budi baik Tuan-Puan sekeluarga. Mohon bersabar dalam keadaan yang sangat mendukacitakan ini. We are all with you. Al-Fatihah💗💐

Dalam bersedih dengan berita tersebut, Fazura memanjatkan doa buat Allahyarham Amir.

Selain itu, Fazura menzahirkan ucapan terima kasih kepada keluarga angkat Allahyarham Amir yang telah menjaganya sebelum Allahyarham diserahkan kembali kepada keluarga kandungnya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang meninggalkan pendapat mereka berdasarkan perkongsian ini.

Semoga perkara yang menimpa Allahyarham Amir ini mendapat keadilan selayaknya.

Sumber: Harian Metro, Instagram Nur Fazura dan Hot FM

[VIDEO] “Syurga Tempatmu Dik.” -Pemergian Arwah Adik Amir Ditangisi Sebahagian Besar Rakyat Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker