Ibu Yati patut minta maaf, bukan saya – Nasruddin


Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias sepatutnya memohon maaf kepada Yayasan Dakwah Islamaih Malaysia (YADIM) dan umat Islam di negara ini kerana didakwa membawa ajaran sesat.

Yang Dipertuanya, Nasruddin Hassan menegaskan, tidak timbul soal beliau perlu memohon maaf susulan tindakan bekas wartawan akhbar arus perdana itu telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan umat Islam.

“Sepatutnya beliau yang kena mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia apabila banyak tulisan yang kita rujuk dalam Facebook beliau sendiri yang sangat mengelirukan dan juga memberi satu kecelaruan umat Islam terhadap fahaman Islam itu sendiri.



“Sehingga ke hari ini, saya tidak menerima saman daripada beliau itu,” katanya kepada pemberita selepas Program YADIM Peduli Musa’adah PKP 2.0 di pekarangan Kompleks Islam hari ini.

Pada Jumaat lalu, Wan Noor Hayati mendesak Nasruddin memberi tempoh tujuh hari kepada Nasruddin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ini selepas Nasruddin mendakwa penerima Anugerah Kajai itu membawa ajaran sesat dan agama baharu.

Wan Noor Hayati, 41, juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang saman sivil terhadap YADIM.



Sebelum ini, Nasruddin menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu dibawa oleh Wan Noor Hayati.

Menurut Nasruddin, kelahiran agama baharu yang dikenali sebagai Agama Melayu itu menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab dan mengakui membawa ajaran Islam Melayu.

Ia susulan penularan video berdurasi lapan minit lima saat yang menunjukkan Wan Noor Hayati didakwa menggunakan lafaz syahadah yang pelik.

Antara lafaz itu ialah iLa Ha iLa Ra iLa Ma dan disambung dengan pengakuan ‘Aku Melayu’ sebanyak tujuh kali.



Dalam pada itu, Nasruddin menegaskan, tiada istilah Islam Arab dan Islam Melayu sambil mempertahankan Islam yang diamalkan pada hari ini sebagai agama yang diwahyukan Allah melalui al- Quran dan Sunnah.

“Islam itu universal, jadi apabila bawa satu fahaman Islam Melayu dan menolak kononnya Islam yang kita amalkan sekarang ini adalah Islam Arab, jadi ini satu kekeliruan.

“Saya kira dia boleh merosakkan pemikiran umat Islam dan akidah umat Islam dengan fahaman yang disebarkan.

“Kalau saya baca dan meneliti tulisan dia sejak hampir setahun lepas dalam Facebook itu memang sangat bercanggah dengan al-Quran dan sunnah,” katanya



Nasruddin juga berkata, tiada keperluan untuk YADIM membuat laporan polis terhadap Wan Noor Hayati kerana sudah banyak pihak telah membuat laporan bekas wartawan itu.

“Saya dapati ada badan bukan kerajaan (NGO) telah buat laporan polis. Atas kapasiti YADIM sendiri tidak perlu, cukup saya beri peringatan supaya masyarakat umat Islam tidak terperdaya dan terpengaruh dengan ajaran tersebut.

“NGO yang buat laporan polis yang telah sampai kepada saya mungkin sudah lebih 10 NGO dan beliau sendiri pun telah buat laporan polis terhadap saya.

“Saya kira perkara ini telah sampai kepada pihak berkuasa, tinggal lagi pihak berkuasa akan menjalankan tindakan mereka,” katanya lagi.



Sementara itu, Ibu Yati terus mempertahankan dirinya dan mendakwa Nasrudin mendahului tindakan pihak berkuasa agama membuat dakwaan terhadapnya.

Beliau berkata, setakat ini belum ada mana-mana jabatan agama menyoal siasat dirinya cuma ada polis mengambil keterangan ekoran laporan polis yang dibuat. MG

Nasrudin ganti Nik Omar sebagai YDP Yadim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker