‘Agama Melayu Ibu Yati’ Polis mula siasatan, Hamzah akan jumpa Peguam Negara

 

Polis dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap ajaran “agama Melayu” yang didakwa menyeleweng.

The Star hari ini memetik Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin yang memaklumkan perkara itu.

“Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Huzir Mohamed) memaklumkan kepada saya yang mereka sedang melihat perkara itu.

“Kita juga akan bincang dengan Peguam Negara jika ada sebarang pelanggaran undang-undang. Jika ada, tindakan akan diambil,” katanya seperti dipetik.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hampir selesai dalam menyiasat ajaran itu, yang dipercayai dibawa seorang wanita bergelar Ibu Yati.

Ibu Yati patut minta maaf, bukan saya – Nasruddin

Pada masa sama, Ahmad Marzuk menggesa orang ramai supaya tidak cepat menghukum mana-mana individu berdasarkan video yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) perlu bermuzakarah dengan Jabatan Islam Agama negeri sebelum mengeluarkan fatwa sesuatu ajaran sebagai sesat.

Pada 29 Jan lalu, Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, menafikan ada membawa ajaran sesat mahupun agama baru, serta memberi tempoh tujuh hari kepada Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasruddin Hassan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana membuat dakwaan itu.

‘Ajaran Agama Ibu Yati’ adalah ajaran sesat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker