Mic On! Musim Pertama – Jiwa Firdaus Dinobatkan Juara

 

Malam tadi telah berlangsungnya pentas akhir program realiti Mic On! menerusi saluran Awesome TV dengan menyaksikan Muhammad Firdaus atau lebih dikenali sebagai Jiwa Firdaus dinobatkan sebagai juara bagi musim pertama program berkenaan.

Menyanyikan dua buah lagu berjudul ‘Hidup Dalam Mati’ dan ‘Farhana’, Jiwa telah berjaya menepis lima finalis yang lain dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, hadiah tajaan ALTEL beserta trofi juara.

Kemenangan jejaka berusia 26 tahun itu sekaligus mengangkat Fad Bocey sebagai pengurus terbaik Mic On! dengan memenangi RM1,000 beserta trofi Mic On!.

Menurut Datuk M Nasir selaku juri tetap Mic ON!, Jiwa mempunyai vokal yang hampir sempurna serta persembahan yang konsisten setiap minggu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Manakala Mas Idayu pula berpendapat, Jiwa mampu untuk mewarnai lagu yang dibawa dengan cara yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan identiti penyanyi asal lagu-lagu yang disampaikan.

Bagi naib juara pula diduduki oleh Siti Wan Ainnur, 23, yang berasal dari Kuala Lumpur yang kali pertama menyertai pertandingan nyanyian apabila berjaya memikat hati para juri.

Kelincahan dan versatiliti Ainnur menyanyikan lagu ‘Jangan Kau Mimpi’ dan ‘Cindai’ membuatkan dia berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 bersama trofi dan hadiah tajaan ALTEL.

Image_3.jpg

Manakala Harun Abdul atau Aaron berjaya mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM2,500 beserta trofi dan hadiah tajaan ALTEL.

Finalis lain yang bertanding adalah Erman Braka, Qmir dan Azmi Khan turut tampil dengan persembahan yang memukau hati penonton dan para juri tetap serta jemputan iaitu Datuk DJ Dave.

Mic On! program realiti yang pertama yang disiarkan di Awesome TV terbitan Awesome TV yang berhasrat untuk mencungkil bakat anak muda tempatan untuk bangkit mewarnai industri seni tempatan.

Kelainan yang ditonjolkan dalam program yang dikendalikan oleh pengacara Nana Mahazan itu adalah kesemua peserta diuruskan oleh pelawak-pelawak terkenal tanah air, iaitu Ropie, Fad dan Shuk Sahar.

Leave a Reply