Rangkul Artist Of The Year, Hello!! Ini Dia Antara Kejayaan Hebat Yang Dicapai TWICE, Power Betul! — MYKMU.NET

Rangkul Artist Of The Year, Hello!! Ini Dia Antara Kejayaan Hebat Yang Dicapai TWICE, Power Betul!

Sebaran :

Kumpulan K-Pop terkenal TWICE dinobatkan sebagai penerima anugerah utama iaitu Artis Sepanjang Tahun (Artis of The Year) di Anugerah 2020 Asia Artis Award (2020AAA) baru-baru ini.

Kalau nak tahu TWICE ini merupakan antara kumpulan K-Pop terhebat di Korea Selatan.

Berkat usaha dan sokongan peminat tersayang, kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh TWICE sehingga mampu meletakkan nama mereka dipersada antarabangsa.

Mungkin ada netizen yang belum tahu jadi kami kongsikan ini dia antara kejayaan dan pencapaian hebat TWICE.



1. Kumpulan gadis K-Pop pertama yang menjual 100,000 tiket konsert atas talian.

Selepas baki tarikh konsert TWICELIGHTS dibatalkan kerana wabak COVID-19, TWICE memutuskan untuk mengadakan konsert atas talian untuk peminat tersayang iaitu The Beyond LIVE concert, TWICE: World in a Day.

Kalau nak tahu konsert itu juga merupakan konsert atas talian ketiga yang paling banyak ditonton sepanjang tahun ini.

2. Raih tempat pertama dalam carta single Oricon sebanyak 4 kali di Jepun



TWICE telah melakarkan sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama yang berjaya meraih kedudukan nombor satu dalam carta mingguan single Oricon sebanyak empat kali menerusi single Fanfare.

Lebih manis lagi kejayaan itu meletakkan mereka sebaris dengan Mariah Carey untuk jualan album artis perempuan luar negara yang paling banyak meraih nombor satu di Jepun. Daebak!

3.Kumpulan K-Pop wanita pertama adakan tour di Japan Dome

Pada tahun 2019, TWICE berjaya mengadakan dome tour iaitu di lokasi terbesar di Jepun selama lima hari di Osaka, Tokyo dan Nagoya!



Ini sekaligus menjadikan mereka kumpulan gadis K-Pop pertama dalam sejarah yang mengadakan lawatan di kubah Jepun. Oh tiket mereka juga semuanya habis dijual tau!

4.Debut di tangga #1 kedua-dua carta Billboard dunia.

Lagu Likey mendapat tempat #1 menerusi Billboard World Digital Song chart manakala album Twicetagram debut dengan tempat #1 menerusi Billboard World Album chart sekaligus menjadikan

TWICE mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama yang melakukan debut dengan tangga #1 di kedua-dua carta Billboard dunia.

5. Penerima Anugerah utama Lagu Sepanjang Tahun selama tiga tahun berturut-turut

TWICE merangkul anugerah berkenaan menerusi lagu Cheer Up di MAMA Music Award 2016, kemudian memenangi anugerah yang sama untuk lagu Signal pada tahun 2017 dan seterusnya pada tahun 2018 dengan lagu What is Love.

Sebenarnya banyak lagi kejayaan besar yang dielah dirangkul TWICE dan kumpulan ini akan terus mencatat sejarah demi sejarah dalam kerjaya mereka.

Berkat hasil usaha keras, personaliti yang menarik dan peramah membuatkan kumpulan ini sangat disayangi peminat.

Muzik yang rancak, segar dan lirik yang terbaik juga merupakan antara salah satu faktor mengapa TWICE popular di seluruh dunia.

Sebagai meraikan kejayaan TWICE, untuk bahagian kedua selepas ini kami akan kongsikan pula lagu-lagu hit TWICE yang bakal membuatkan korang seronok dengar berulang-kali.

Tahniah TWICE atas penerimaan Artis Sepanjang Tahun (Artis of The Year) di Anugerah 2020 Asia Artis Award (2020AAA).-GEMPAK

Sumber: Wiki, Koreaboo,

Rangkul Artis Of The Year, Netizen Persoal Kelayakan TWICE – “Eh Kan BTS & BLACKPINK Paling Banyak Pencapaian Tahun Ini?”


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: